4 Amalan Mudah Mencari Redha Allah
Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.
Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…
Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu
membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani
kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih
kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan
membunuhnya.
Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari
kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya.
Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha
Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai
di tenggorok.
Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang
mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah
dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian
yang mengejut.
Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki
makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi
dari jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini,
niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya
kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana
engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke
syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.
4 Amalan Mudah Mencari Redha Allah
Reviewed by Akhy LaN
on
12:56 PM
Rating:
No comments: