Khasiat Minyak Kelapa Dara Ori
Rahsia Khasiat Minyak Kelapa Dara Ori
Ramai orang telah mengetahui tentang khasiat Minyak Kelapa Dara Ori. sejenis minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa. Dengan kaedah moden, khasiat buah kelapa ini dapat dipelihara daripada dirosakkan dengan kesan panas melampau.
Kenapa perlu mengambil minyak kelapa dara
Dari hasil kajian saintifik dan penyelidikan yang telah dilakukan. Ia menunjukkan bahwa Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids. Kajian sains terkini merumuskan santan atau minyak kelapa bukan masalah punca kolesterol tinggi. Banyak laporan kajian sains dalam jurnal perubatan juga menunjukkan santan bukan faktor utama menyebabkan masalah kolesterol tinggi.
Satu kajian dilaporkan dalam jurnal perubatan Asia Pasifik pada 2011 di Filipina mendapati, pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharian dalam kalangan wanita pramenupaus meningkatkan kolesterol baik HDL-c dan menurunkan kolesterol 'Jahat' jenis LDL dan Trigliserida.
Kumpulan Asid Lemah Rantaian Sederhana
Prof Philipe Legrand dari Perancis iaitu pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes Perancis mempunyai pendapat yang sama mengenai santan dan kesannya kepada paras kolesterol. menurutnya, santan bahan dalam santan atau minyak kelapa atau asid laurik dan asid miristik yang juga asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolisma kan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol. Oleh itu ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Anti Fungal dan Anti Virus
Santan atau minyak kelapa juga mempunyai kesan positif lain seperti anti-keradangan, anti fungal, anti virus, anti mikrobial dan anti protozoa. Menurutnya, santan boleh menjadi sebahagian diet sihat jika diambil secara sederhana dan tidak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah.
Asid Lemak Trans
Kajian terkini mendapati pengambilan asid lemak trans, karbohidrat dan gula tinggi lebih berkait rapat dengan masalah penyakit kardiovaskular dan peningkatan paras kolesterol berbanding pengambilan lemak tepu atau minyak dalam makanan. Juga didapati, pesakit kencing manis selalunya mempunyai paras kolesterol lebih tinggi kerana paras gula tinggi dalam darah walaupun tidak makan santan setiap hari.
Namun kita perlu berjaga-jaga dan bersederhana dalam pengambilan santan kerana jumlah kalori tinggi. Strategi lebih baik untuk mengawal paras kolesterol adalah mengurangkan gula dan asid lemak trans.
Khasiat Minyak Kelapa Dara Ori
Reviewed by Akhy LaN
on
7:19 PM
Rating:
No comments: